Presiden PBS mengulas kenyataan Tan Sri Simon Sipaun
Labels:
Sabah Issues,
Sabah Newspaper
KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata adalah tidak wajar untuk sesiapa mencari kambing hitam atau melemparkan kesalahan secara total kepada masyarakat atas pelbagai masalah yang dihadapi oleh Sabah sejak penubuhan Malaysia, 47 tahun lalu.
Mengakui ada kesan negatif dan positif ke atas rakyat selepas Sabah menyertai Malaysia, presidennya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, perubahan yang berlaku perlu dilihat dari sudut yang adil dan seimbang.
Beliau berkata, adalah biasa apabila menjelang pilihan raya umum, wujud pihak tertentu atau pemimpin politik cuba menjadi wira dalam memperjuangkan nasib rakyat dengan menonjolkan masalah negara atau negeri.
“Mereka tidak mahu melihat atau menyatakan perkara positif tentang kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan kepada mereka kerana mereka ada agenda tersendiri,” ketanya kepada pemberita di sini kelmarin.
Pairin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas naib pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Simon Sipaun bahawa kehidupan di Sabah dianggap lebih baik dalam banyak aspek sebelum Malaysia dibentuk berbanding dengan sekarang.
Pada satu seminar anjuran Barisan Bersatu Borneo pada Sabtu lepas dan diterbitkan dalam akhbar harian tempatan, Sipaun dipetik sebagai berkata tidak ada masalah perkaumanan atau pendatang tanpa izin di Sabah sebelum penubuhan Malaysia dan komposisi perkhidmatan awam terdiri darpada pelbagai kaum.
“Adakah kita mengatakan bahawa negeri ini tidak aman atau wujud ketegangan kaum sekarang atau pemimpin kerajaan dan pemimpin negeri dahulu tidak melakukan apa-apa untuk rakyat dan negeri?, tanyanya.
“Sekiranya kita ikhlas membantu memperbaiki masalah yang kita hadapi…kita harus memberi cadangan atau idea konstruktif dan bukan hanya mengkritik,” kata Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri.
Katanya, kerajaan telah banyak melakukan usaha dan tindakan dalam membantu Sabah termasuk dalam bidang pendidikan dan pembangunan sosio ekonomi.
Menurutnya, pembangunan yang dibawa oleh kerajaan kepada Sabah adalah selaras dengan konsep 1Malaysia yang mengutamakan kepentingan rakyat.
Source : New Sabah Times
Aki Sabah : Saya setuju dengan kenyataan Tan Sri namun adalah tidak wajar juga jika kita mudah berpuas hati dengan pencapaian yang telah kita capai sekarang. Pemimpin masyarakat harus berusaha lebih gigih untuk mencari jalan penyelesaian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Please use appropriate word