Crime : Polis menyerbu premis judi haram di Sandakan



SANDAKAN: Polis menahan 35 orang dan merampas 136 buah mesin judi haram dalam serbuan terhadap enam premis di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata enam premis itu diserbu dalam operasi yang dijalankan bermula pukul 5.15 petang di lima tempat iaitu Bandar Siang Garden, Bandar Ramai-Ramai, Taman Megah, Bandar Labuk Jaya dan Bandar Sibuga Jaya.

Katanya 35 orang yang ditahan itu berusia antara 20 dan 50 tahun dengan 13 orang daripadanya adalah pekerja di enam buah premis yang diserbu itu.

Wang tunai sejumlah RM1,000 turut dirampas dan mereka yang ditahan akan disiasat mengikut seksyen 4b (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Fadzil berkata serbuan itu membabitkan sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Sandakan dan Unit D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah diketuai DSP Sabarudin Rahmat.

Beliau berkata operasi itu bertujuan membanteras kegiatan judi haram di sekitar daerah ini terutama melibatkan mesin judi.

Source : New Sabah Times

0 comments:

Post a Comment

Please use appropriate word

 

Aki Sabah. Template by My Template Mint ™ Blogging © 2013-2015