Crime : Mayat Bayi dijumpai di Kampung Muhibah



BEAUFORT: Seorang pengutip barangan kitar semula terkejut apabila menjumpai mayat bayi di Kampung Muhibah di sini pada Selasa.


Pengutip barangan terpakai dalam lingkungan 40-an itu menjumpai bayi baru lahir masih bertali pusat itu kira- kira jam 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah, DSP Mustaffa Maarof Mustaffa, mengesahkan penemuan bayi itu ketika dihubungi kelmarin.

Katanya polis percaya, bayi seberat kira-kira tiga kilogram itu hendak dibuang ke dalam salah satu tong sampah sebelum ianya dijumpai.

Sepasukan anggota polis kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian untuk menjaalankankan siasatan selepas dimaklumkan oleh orang awam.

Mustaffa berkata, mayat bayi itu dihantar ke hospital daerah untuk bedah siasat dan kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat supaya tampil ke hadapan untuk membantu polis menjalankan siasatan.

Source : New Sabah Times

0 comments:

Post a Comment

Please use appropriate word

 

Aki Sabah. Template by My Template Mint ™ Blogging © 2013-2015