Accident : Kemalangan meragut nyawa di Jalan Lahad Datu-Sandakan

Imej ini tiada kena mengena dengan artikel di bawah.

LAHAD DATU : Seorang terbunuh, manakala dua lagi parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kenderaan jenis Proton Wira dan Pacuan Empat Roda (4WD), di kilometer 30, Jalan Lahad Datu-Sandakan, dekat sini, pada petang kelmarin.
Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Salimun @ Nasir Suratmin,54, merupakan penumpang proton Wira.

Manakala dua yang parah merupakan pemandu Proton Wira, Sardami Asmah Kaspi ,56, dan seorang lagi penumpangnya Sardim Saadiah Kasim, 55,kedua-dua wanita itu kini dirawat di Hospital Lahad Datu (HLD).

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superitenden Shamsudin Mat berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.20 petang ketika proton Wira yang dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Tawau dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan lain dihadapannya sebaik saja tiba di kilometer berkenaan ,sebelum bertembung dengan 4WD yang datang dari arah bertentangan.

“Kemalangan itu mengakibatkan bahagian hadapan kedua-dua kenderaan itu remuk teruk. Dan Salimun yang duduk dibahagian tempat duduk penumpang hadapan meninggal dunia ditempat kejadian,”katanya.

Bagaimanapun tambah beliau, pemandu dan seorang penumpang 4WD hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kita menyiasat kes ini dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”katanya.

Source : New Sabah Times

0 comments:

Post a Comment

Please use appropriate word

 

Aki Sabah. Template by My Template Mint ™ Blogging © 2013-2015