Skim Rumah Pertamaku : Ciri-Ciri dan Kriteria


Pendahuluan
Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.



Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.




Ciri-ciri dan Faedah Utama
Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)

Pembiayaan sehingga 100%

Harta kediaman sahaja


Kriteria Kelayakan 
Peminjam/Pelanggan Yang Layak

Warganegara Malaysia

Pembeli rumah pertama

Individu berumur sehingga 35 tahun

Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan

Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan


Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.


Harta Yang Layak
Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia

Nilai minimum hartanah RM100,000

Nilai maksimum hartanah RM220,000

Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)


Keperluan Pembiayaan
Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun

Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)

Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap

Rekod simpanan (rizab kecairan untuk 3 bulan ansuran)

Insurans/takaful kebakaran diwajibkan


Permohonan
Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank-bank yang terlibat.

Maklumat lebih lanjut sila ke laman web Skim Rumah Pertamaku.

0 comments:

Post a Comment

Please use appropriate word

 

Aki Sabah. Template by My Template Mint ™ Blogging © 2013-2015